CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

Congkak seram dan mendebarkan

Jom Tengok


2008-03-26 16:32:03

Rating (4.26)

(8 undi)
Undi Artikel Ini!

Congkak, sebuah lagi filem terbitan Metrowealth Movies Production yang menerima amaran dari Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) yang menyatakan bahawa 'ibu-ibu mengandung dan pengidap penyakit jantung dinasihatkan agar tidak menonton filem ini'. Begitu juga dengan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun diminta menonton bersama penjaga.

Jika dilihat kepada sebab amaran tersebut dikeluarkan pastilah kerana unsur suspen dan seram yang terkandung dalam filem ini termasuk sistem bunyi yang digunakan. Sistem Dolby Digital Surround EX yang diketengahkan kali ini lebih mantap berbanding JPB serta diakui terbaik di kalangan filem-filem Melayu sebelum ini dan mutunya hampir menyamai filem-filem dari Hollywood.

Para penonton hanya akan dapat merasainya apabila menonton di pawagam yang dilengkapi sistem bunyi dolby digital ini. Congkak juga bakal melakar satu lagi sejarah buat MIG dan industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem dengan pembukaan paling besar dengan tayangan serentak di 70 buah pawagam seluruh Malaysia bermula 17 April 2008.

Lebih menarik apabila ia sudah ditempah oleh pengedar-pengedar filem peringkat Asia Tenggara termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk ditayangkan di negara masing-masing. Keinginan menerbitkan Congkak pastilah ekoran kejayaan luar biasa Jangan Pandang Belakang di peringkat Asia Tenggara dengan kutipan keseluruhan mencecah RM7.5 juta.

Congkak merupakan sebuah lagi karya penulis muda berbakat besar Pierre Andre yang juga penulis skrip bagi Jangan Pandang Belakang. Filem ke 23 terbitan MIG ini cuba menyajikan sesuatu yang lebih bermutu dan pastinya lebih menyeramkan dan mendebarkan. Congkak yang menelan belanja produksi sebanyak RM1.8 juta termasuk kos promosi tmenjalani pengambaran di negeri Perlis Indera Kayangan.

Membuktikan kebolehan melalui beberapa filem sebelum ini, MIG tidak teragak-agak meneruskan khidmat pengarah Ahmad Idham untuk filem ini. Congkak juga cuba mengekalkan barisan tenaga produksi Jangan Pandang Belakang termasuk Pengarah Sinematografinya, Indra Che Muda.

Barisan pelakon yang menjayakan Congkak terdiri daripada pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nanu Baharudin, Riezman Khuzaimi, Erin Malek, Rusminah Sidek, M. Rajoli. Mengetengahkan Erynne Erynna (8 tahun) sebagai tunggak utama dalam filem seram merupakan risiko yang diambil MIG bagi menambah keseraman pada jalan cerita filem ini.

SINOPSIS..

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti.

Setibanya mereka di banglo tersebut, pelbagai peristiwa pelik mula terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik.

Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana dapat kawan baru yang tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut.

Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur terapung di biliknya. Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam Congkak di pawagam bermula 17 April 2008 ini. Penerbitnya David Teo meletakkan sasaran kutipan keseluruhan di Asia Tenggara mencecah RM10 juta.


Tags: pelakon Congkak Nanu Riezman Khuzaimi Ahmad Idham

0 comments: