CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

RONALDO TEKAD BANTU UNITED


RONALDO tekad bantu United julang gelaran Liga Juara-Juara musim ini.

LONDON - Cristiano Ronaldo telah berkali-kali menyaksikan kejayaan Manchester United merangkul gelaran Liga Juara-Juara pada 1999.

Kali ini, peluangnya untuk merasai sendiri kenangan 1999 itu semakin hampir selepas Manchester United melakar kemenangan selesa 2-0 ke atas AS Roma pada aksi pertama peringkat suku akhir Selasa lalu.

Kejayaan itu juga menyaksikan United hanya selangkah untuk mara ke separuh akhir pada kejohanan Eropah paling berprestij itu.

"Sudah banyak kali saya menyaksikan Manchester United menjulang trofi ini di televisyen. Ia juga sesuatu yang saya ingin lakukan," kata Ronaldo yang meledak satu gol pada perlawanan di Rom itu.

"Ketika itu saya baru berusia 14 tahun dan tinggal di Madeira. Sejak itu saya telah menyaksikannya berkali-kali kejayaan mereka di televisyen.

"Pengurus memberitahu United harus memenanginya lebih daripada dua kali. Saya setuju dengannya. United adalah kelab yang hebat dan memiliki pemain yang hebat. Kami memiliki pengalaman, memiliki skuad yang hebat dan kami juga memiliki peluang yang terbaik untuk melakukannya."

Sementara itu, bekas jurulatih Itali, Marcello Lippi mempertahankan gaya permainan Ronaldo selepas pemain sayap United itu dituduh menggunakan kemahirannya untuk memperkecilkan pemain lawan.

Pemain tengah AS Roma, David Pizarro berkata, pemain antarabangsa Portugal itu perlu menghormati pemain lawan dan tidak terlalu bermain menggunakan muslihat selepas United menang 2-0 ke atas kelab Itali itu pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara kelmarin.

"Saya mengaku bahawa secara peribadi saya tidak menyukainya," kata jurulatih yang memenangi gelaran Piala Dunia 2006 ini kepada televisyen Sky.

"Semua gaya permainan yang dilakukannya menjengkelkan saya, cara dia bermain dengan bola, saya beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang tidak betul.

"Tetapi kemudiannya saya sedar bahawa itu adalah gaya permainannya. Dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan ia adalah satu gaya untuk menggambarkan dirinya yang sebenar."

0 comments: