CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

SKY GOGLE


GOOGLE SKY menawarkan peluang kepada pelayar internet
meninjau keindahan dan keunikan cakerawala.

KUALA LUMPUR - Pengguna internet kini boleh mengakses Google Sky bagi melihat dan mendapatkan imej berkaitan cakerawala secara mudah tanpa perlu bergantung lagi kepada perisian.

Menurut kenyataan Google Inc., fungsi Google Sky memudahkan orang ramai khususnya pelajar, ahli amatur astronomi dan profesional untuk menjelajah alam angkasa di samping mempelajari ilmu itu dengan mudah.

"Hanya klik menggunakan tetikus sahaja, mereka boleh melihat berjuta-juta imej seperti bintang dan galaksi, atau sistem solar tanpa memuat turun perisian.

"Melaluinya, pengguna boleh melihat isi cakerawala secara menyeluruh dan menggunakan fungsi zoom untuk melihat imej dengan lebih dekat," katanya.

Kenyataan itu menambah, Google Sky yang dilancarkan baru-baru ini merupakan satu ciri baru yang membolehkan pengguna Google Earth melihat langit seperti yang dilihat dari bumi.

Ia alatan paling sesuai bagi pengguna untuk mempelajari lebih lanjut tentang penjelajahan angkasa lepas bagi buruj, astronomi dan planet.

Untuk akses ke Google Sky, pengguna boleh layari laman web http://sky.google.- com.

0 comments: