CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

Duyong

Jom Tengok


2008-02-29 10:59:34

Rating (4.21)

(14 undi)
Undi Artikel Ini!

Penerbit : KRU Films Sdn. Bhd; Line Clear Motion Pictures
Pengarah : Prof. Razak Mohaideen
Pelakon: Saiful Apek, Yassin Senario, Awie, Maya Karin, Yasmin Hani, Rosnah Mat Aris
Genre : Fantasi Romantik Komedi

Sinopsis
Filem ini menyingkap kisah kehidupan pencinta alam dan hidupan liar bernama Jimmy di perkampungan nelayan di Kepulauan Sipadan, Sabah. Kehidupan harian Jimmy adalah mengutip sampah dan menjaga kebersihan kampung bertemankan Orix satu spesies apeman-big foot yang ditemui Jimmy sewaktu kecil di tepi pantai.

Jimmy yang berperwatakan ganjil, cukup pentingkan kebersihan kerana mempercayai mitos ibunya bahawa Duyung akan muncul di kampung mereka jika kampung berada dalam keadaan bersih.

Dalam waktu yang sama Jimmy juga menaruh hati dengan anak ketua kampung bernama Aspalela. Di samping itu Kordi sering mentertawakan Jimmy dan hasratnya untuk bertemu Duyung dan mengahwini Aspalela.

Namun segala-galanya berubah bila Duyung benar-benar muncul Kehadiran Duyung telah mengubah segala-galanya dan memberi pengajaran pada semua untuk menjaga alam sekitar dan hidupan liar.

Tags: duyung maya karin apek KRU Yassin Awie

0 comments: