CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

Hello, My Lady

Jom Tengok


2008-03-25 15:07:33

Rating (5)

(7 undi)
Undi Artikel Ini!

Berita baik untuk semua peminat drama Korea, kini anda mempunyai lebih sebab untuk terus menontonnya di 8TV kerana bermula akhir bulan ini, 8TV akan menayangkan drama siri terbaru di dalam slot Best of The East berjudul Hello, My Lady bermula 28 Mac 2008.

Drama ini diarahkan oleh Lee Min Hong dan menampilkan barisan pelakon seperti Lee Da Hae, Lee Ji Hoon, Ha Seok Jin dan ramai lagi. Drama 16 siri ini patut ditonton kerana jalan ceritanya yang menarik memaparkan aksi lawak jenaka dan juga romantik komedi.

Hello, My Lady merupakan sebuah drama yang sesuai untuk ditonton terutamanya oleh peminat drama romantik. Terdapat banyak adegan komedi untuk disaksikan terutamanya apabila Lee Su-Ha dan Hwang Dong-Kyu mula menaruh perasaan terhadap satu sama lain,” jelas Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Diadaptasi dari sebuah novel Korea bertajuk, Kimchi Mandu, Hello, My Lady mengisahkan seorang wanita yang bernama Lee Su-Ha (lakonan Lee Da-Hae) yang sedang mencuba sedaya upaya menyelamatkan rumah pusaka keluarganya Hwa Ahn Dang, yang berada di ambang kebankrapan.

Beliau telah ditinggalkan berseorangan oleh bapanya apabila ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Bapa beliau telah melarikan diri bersama wanita lain dan menjadikan Lee Su-Ha satu-satunya harapan keluarga untuk menyelamatkan pusaka Hwa Ahn Dang dari cengkaman konco-konco Je-an.

Lee Su-Ha bertanggungjawab untuk cuba mempertahankan Hwa Ahn Dang dari dibeli oleh sesiapa. Tetapi pertahanannya mula goyah apabila Hwang Dong-kyu (lakonan Lee Ji-Hoon), cucu seorang lelaki kaya yang tampan meminta beliau menjual Hwa Ahn Dang kepadanya.

Dalam pada itu Dong-Kyu merupakan cucu kepada seorang lelaki hartawan, yang dulunya pernah bekerja sebagai pembantu rumah di Hwa Ahn Dang selama 50 tahun yang melarikan diri setelah mencuri lembu dan seguni beras.

Seperti dijangka, Lee Su-Ha enggan menjualkan rumah tersebut, tetapi selepas beberapa kali bertengkar, Lee Su-Ha dan Dong-kyu mula jatuh cinta pada satu sama lain.

Adakah Lee Su-Ha akhirnya akan mengenepikan ego dan mengabdikan diri pada Hwang Dong-kyu yang dicintainya? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri ini hanya di 8TV bermula 28 April pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Hello, My Lady juga boleh ditonton disaluran 708 di Astro.


Tags: Hello, My Lady

0 comments: