CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

PEMILIK TELEFON DI SIASAT


FASHA SANDHA

KUALA LUMPUR - Siasatan polis terhadap kes ugutan terhadap pelakon terkenal, Fasha Sandha menyaksikan seorang lelaki yang dipercayai pemilik telefon bimbit yang digunakan bagi menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dipanggil ke balai untuk memberi keterangan semalam.

Kosmo! difahamkan isteri lelaki itu mungkin antara orang yang akan dipanggil bersama beberapa orang lagi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan daripada pemilik telefon bimbit yang digunakan untuk menghantar SMS berbau ugutan terhadap Fasha baru-baru ini.

"Bagaimanapun siasatan mendapati SMS ugutan tersebut bukan dihantar oleh pemilik telefon itu," katanya sambil enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Sementara itu, Fasha ketika dihubungi yakin mereka yang bersalah tidak akan terlepas kerana negara ini mempunyai undang-undang.

Beliau juga lebih cenderung menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada polis selepas mendapati dirinya diugut.

"Sebagai mangsa saya sudah membuat laporan polis dan sekarang saya tidak berhak untuk memberi komen...biarlah pihak berkuasa membuat siasatan,'' jelasnya.

0 comments: