CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 03, 2008

HENRY DI INTAI KELAB SEATLE


LONDON - Reputasi David Beckham dalam bola sepak Amerika Syarikat bakal terjejas dengan kehadiran penyerang sensasi Perancis, Thierry Henry.

Menurut laporan akhbar tempatan, Henry yang juga penyerang Barcelona sedang diintai kelab baru, Seattle yang bakal membuat penampilan sulung mereka dalam Liga Major Bola Sepak Amerika tahun depan.

Pemilik kelab itu, Paul Allen akan cuba memancing Henry dengan kontrak perjanjian bernilai 150,000 pound (RM947,704) seminggu.

Henry, 30, berhijrah ke Barcelona daripada Arsenal dengan harga 16.1 juta pound (RM101.7 juta) Jun tahun lepas.

Begitupun kelab gergasi Sepanyol itu merancang melakukan rombakan besar-besaran selepas tercicir ke tangga ketiga Liga Sepanyol.

Henry pula mungkin akan dilepaskan biarpun mempunyai baki kontrak selama tiga tahun lagi.

Henry setakat ini telah menjaringkan 14 gol dalam 38 perlawanan setakat ini.

0 comments: