CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 01, 2008

PERKARA YG DI LARANG DALAM SOLAT

- Menempelkan kaki yang satu dengan yang lain ketika berdiri.- Berdiri di atas satu kaki.- Duduk di antara dua sujud dengan berjongkok (kedua-dua lutut terangkat dan telapak tangan di atas lantai).- Memasukkan kedua-dua tangan dalam baju ketika berdiri, rukuk dan sujud kerana menyamai perbuatan orang Yahudi.- Mengangkat pakaian ketika sujud manakala lelaki dilarang menyelak rambut ketika waktu solat.- Bercekak pinggang atau menjauhkan kedua-dua pangkal lengan daripada dada.- Menyambung antara bacaan al-Fatihah dan takbiratul-ihram serta antara rukuk dan bacaan surah. Perkara ini tidak baik jika seseorang itu menjadi imam. Dia sepatutnya berdiam diri sejenak sebelum membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.Bagi makmum, jangan menyambung takbiratul-ihram sendiri dengan takbiratul-ihram imam serta ucapan salamnya dengan salam imam. Dia patut mendiamkan diri sejenak sebelum takbiratul-ihram mengikuti imam.Bagi imam dan makmum, jangan sesekali menyambung ucapan salam pertama dengan yang kedua. Ia perlu dipisahkan kedua-duanya dengan diam sejenak.- Solat dalam keadaan mahu membuang air besar atau kecil atau mengenakan sepatu yang sempit. Perkara ini boleh menghalang seseorang khusyuk dalam solat. And here is the rest of it.

0 comments: