CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

April 04, 2008

Rahsia umpun-umpun

Rahsia umpun-umpun

Oleh Amran Abdullah

LARIS: Mohd Amin (tengah) menjual umpun-umpun kepada pelanggan.
LARIS: Mohd Amin (tengah) menjual umpun-umpun kepada pelanggan.

MELAKA: Mati ikan kerana umpan. Ini termasuk umpan yang dikenali sebagai umpun-umpun atau disebut dengan pelbagai nama lainnya seperti perumpun, pun-pun, perompong, cacing hitam dan cacing belut yang terbukti ada keistimewaan tersendiri.

Umpun-umpun yang bersaiz besar dan dikerat beberapa bahagian sebelum dicangkukkan pada mata kail, memiliki tarikan tersendiri kepada ikan yang dipancing di laut.

Masakan tidak, ikan bersaiz besar turut tewas di mata kail yang berumpankan umpun-umpun ini.

Dua sahabat, Zaidi Kamarudin, dan Mohd Amin Abdullah, mencari umpan di persekitaran pantai berpasir sekali gus bersama sebilangan kecil pemancing di Pangkalan Balak di sini menjual umpun-umpun ini pada setiap masa.

Semua ini bagi memenuhi minat pemancing untuk menggunakan umpan semula jadi itu.

Zaidi berkata, pemancing bukan tidak boleh mencari sendiri umpan di pantai, sebaliknya mereka tidak mahu bergelumang dengan selut atau tanah kotor sewaktu mencari umpun-umpun.

“Pencari umpun-umpun juga perlu tahu tempat atau lubuknya yang betul.

“Lagi besar saiz umpun-umpun, lagi tinggi permintaannya. Sebaliknya, penjual umpun-umpun juga meletakkan harga yang tinggi yang turut bergantung pada saiz dan jenis umpun-umpun,” katanya.

Katanya, faktor harga tidak menjadi masalah kepada pemancing yang benar-benar berkehendakkan umpun-umpun besar dan hidup pula.

Mohd Amin pula berkata, mereka mencari sekurang-kurangnya tiga jenis umpun-umpun iaitu pasir, merah dan jangkau.

Umpun-umpun pasir dan merah dijual RM4 sebungkus yang mengandungi 10 hingga 15 ekor.

Umpun-umpun pasir pula sesuai untuk memancing ikan bolos, gelama dan sembilan, kata Mohd Amin.

Umpun-umpun jangkau pula dijual antara RM5 hingga RM6 sebungkus. Umpan ini digunakan khusus bagi memancing ikan duri, jenahak, jengah dan gubal.

emel Emel Artikel

0 comments: